31.10.11

CINTA ELYSA EP8




Sumber : Suhan Movies

Cinta Elysa Episod 8 - 01/11/2011, 9 Malam - TV3.

Aril yang dah terkantoi dengan Elysa yang dia buat kerja lama dia balik, ragut beg tangan wanita. Elysa marah dan tak suka Aril buat kerja lama dia tu dan suruh dia usaha cari kerja halal. Sani pula sudah menyimpang ke kegiatan jahat yang lebih dahsyat.

Aril dan ELysa berpindah ke rumah sewa Pak Talib yang diuruskan oleh Mak Jah, tak jauh dari rumah Mak Jah. Aril yang masih belum dapat kerja terpaksa pecah kereta pula. Elysa enggan makan makanan yang Aril belikan untuknya kerana tidak mahu makan dari duit haram.

Mak Jah pula dapat merasakan yang Aril dan Elysa sebenarnya belum berkahwin setelah disoal-soal Elysa semasa mengurut kakinya. Mak Jah kemudiannya menasihatkan agar mereka berkahwin bagi mengelak perkara tidak diingini.


Elysa akur dengan nasihat Mak Jah selepas Mak Jah katakan yang sebenarnya Elysa bukan sayang Aril seb
agai abang, tetapi cinta kerana sanggup bersusah payah mengikut Aril. Elysa menyatakan hasratnya kepada Aril, Aril tidak mahu kerana tak sanggup tengok Elysa hidup susah dengannya. ELysa beri dua kata putus, berkahwin dengannya atau tinggalkan dia sebelum dia bangun tidur.

Bagaimana Mak Jah menyungkil rahsia Elysa dan Aril?
Apakah tindakan Aril selepas 'dilamar' Elysa?
Apakah kegiatan baru Sani?
Bagaimana kehidupan Aril dan Elysa di rumah baru mereka?

Semua akan terjawab dalam CINTA ELYSA Episod 8, 9 malam ini di TV3.

No comments:

Post a Comment