30.7.11

MCM MANA NK TERIMA??


she is my the only one beloved sister,,
SYAFIRUZ AFIRA SALEH HUDIN

dh 7 tahun die merantau cri ilmu di negara org,,
die bru blk tahun nih,,
n yet,,

she gonna be married,,,
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu





sys,, truely i feel so lost,,, waaaaaaaaa,,
xpe akk phm kn?? hehehehehe

pape pon hope akk hepi,,,

and my becoming brother in law ialah


ni ha ank pkcik kodit,,

RIDWAN HAJI KODIT,,

huhuhuhuhuhu

love u kak


RAMADHAN BULAN RAHMAT

Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).
Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.
Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:
"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).
Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.
Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.
Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.
Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:
Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.
Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.
Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".
Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:
Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.
Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.
  

AHLAN WASAHLAN


salam and semlamat pagi uols,, hehehehe



selamat datang RAMADHAN,,
selamat berpuasa kawan2,,, hehehehe

bulan yang diberkati Allah,,
bulan yang banyak nikmat dan pahala nya,,



so pose jgn xpose,,
kalo uzur xpose pon xpe,, 
pape pon,,
selamat berpuasa semua =)

FOR u



I LOVE YOU 


Ahax,,, malu mak nyah..


TAKOOOT



aku takot nk exam,,,
xready ape2 ag oit ~
tpi leyh lax on9 bagai,,
OMG !
tidor jom,
tenang kn diri

I STILL LOVING YOU too


Time, it needs time
To win back your love again.
I will be there, I will be there.
Love, only love
Can bring back your love someday.
I will be there, I will be there.
Fight, babe, I'll fight
To win back your love again.
I will be there, I will be there.
Love, only love
Can break down the walls someday.
I will be there, I will be there.
If we'd go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.
Your pride has build a wall, so strong
That I can't get through.
Is there really no chance
To start once again?
I'm loving you.
Try, baby try
To trust in my love again.
I will be there, I will be there.
Love, your love
Just shouldn't be thrown away.
I will be there, I will be there.
If we'd go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.
Your pride has build a wall, so strong
That I can't get through.
Is there really no chance
To start once again?
If we'd go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.
Yes I've hurt your pride, and I know
What you've been through.
You should give me a chance
This can't be the end.
I'm still loving you.
I'm still loving you,
I need your love.
I'm still loving you.
Still loving you, baby.


truely ; i'm still loving you till now =')



28.7.11

HEPI BESDAY MY BELOVED AFIZA


Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan kamu

SYAFIRUZ AFIZA BT SALEH HUDIN

Allah selamatkan kamu

hehehehehehehehe

dear my adeq sayang,, selamat hari lahir yg ke 16 taw,,
dh besau gedebeh dah adik ak yg tembam sorg nih,,,
ank manje family nih dh leyh lah yer amik lesen JPJ,, xpyh pki lesen AGUNG ag nk g skolah pas nih,,
blaja rajin2 dikk,, abah kate tunjuk kn penutup nih yg terbek,,
so sile POKUS kt SPM yer,, bukan dekat KOREA! ingat sket,,

akk dh kejut nk bg mkn kek,, tpi adik bantai tido,, nk wt cm ne??
xpe sok kite makan k,,

paper pon I LOVE U,,
muaaaaahhhxxx

hepi buvday ~ jum tdo ngn akk,, akk pelok yer

REVIEW BACK ~ Adolf Hitler

ingat ag x dulu ak ade post kat blog tentang HITLER ?

klik sini ; Adolf Hitler

then, mlm miggu lepas kot ak tgk kat chanel 503 yg history tuh,,
die citer tntg kejahatan Adolf Hitler,,

well,,,
tgh2 aku tgk tuh kakak ak ckp,,,
"Akk dh sampai tampat nih,, akk dh tgk dh,,, akk dh bace dh sejarah die"
"xrugi sbnrnye melawat negara org,, jauh perjalanan luas pengalaman"

haaaaaaaaaaa,, nak taw kisah nyer???
well oleyh kerana Discovery Channel adalah milik YAHUDI,,
maka semua org yg tgk sejarah disitu diracuni lah mindanyer,,,
lagi2 katak bawah gelas,,

kite sambung yer,,,


kakak aku citer,
Hitler nh die mmg dh taw Yahudi ni sangat jahat kaumnye,,
so pada zaman pemerintahannye,, die mengumpulkan semua orang yahudi dan dibawa ke 1 penempatan
(ak xingt nama die),, penempatan tuh dimana orang yahudi mcm dikuarantinkan lah,,
dri rumah dorg ke penempatan tuh memakan mase 7 hari kot,,,
dorg nek tren himpit2,, so sape mati biak pi,,
then sampai je kt penempatan tuh,, dorg kene jalan kaki ag,, jauhhhhhhhhh sangat
then yg lelaki nyer dorg kenekerahan tenaga,, xdiberi makan,, so sape mati biak pi,,
yang pompuan,,
dorg dimasukkan dalam 1 kabin dan gas beracun dilepaskn,, so dorg mati mcm tuh r,,
tpi hitler nih ade bek sket,,
sape yg mengandung n budak2 care torture nyer len...

okeyh mmg nmpk kejam kn?
the real is,,, HITLER sedia taw bahawa penyakit didunia ini datang dri YAHUDI,,
then yg tggl yahudi skunk nih ade lah saki baki,,
mmg sengaja Hitler biarkn mereka hidup,,,
hitler nk tunjukkn pada dunia kenapa die bunuh org yahudi,,
sbb die nk dunia taw jahat yahudi tuh macam mana,,,


so the moral of the story is,,,
pergilah melawat negara2 sane n bersejarah tuh,,,
sbb negara asal mereka lnh taw kisah mereka dibandingkan dgn cite pihak ke3,,,

so ~ tu story yang kakak ak bgtaw ! hehehehehe




TIPS MELUPAKAN KEKASIH JANTUNG HATI



1. Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari... 

2. Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung 

3. Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan... . Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..

4. Buat perusahaan menternak itik... Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo... .

5. Sibukkan diri dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah berjuta nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala...

6.pi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda... buat ler lawak giler yang tak masuk di akal, pastu gelak ler sendiri...

7. Ulang perbuatan nih sampai 3x... ikut tau... Uhh huuu Uhh huuu...

8. Kalo still teringat kat pasangan anda tuh, anda pi cari tangga, alaa cari je lah kat umah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya ler.. akan lupakan terus pasangan anda tuh... dengan diri sendiri pun anda tak akan ingat lagi..

9. Kalo ingatan anda masih ada, pi je rumah jiran sebelah, minjam tukul, pastu buat ler tak tau sambil ketuk pala sendiri sampailer ilang ingatan...

NOTE:



 A.kalo jiran anda tak bagi minjam tukul, curikk je, pastu lari ler..takkan dok buat sesi berkenalan ngan jiran anda lak..
B.Kalo susah sangat... hantuk je kepala tu kat dinding rumah, buat ler sampai rasa dah bosan dengan hantukan tuh... 



10.Gantung gambar si dia kat dinding .. kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan... buat lah apa-apa je asal hati rasa puas.

copy dri blog ; CIK POP

MSIA VS SPORE


MY GODNESS,,

sakit jantungggggggggggggggggggggggggggg 

harap2 berjaya 

26.7.11

R.I.P BROTHER LAW SEONG JUAN


pray for him,, LAW SEONG JUAN may u rest in peace,

ni nama that chinese guy,,
skunk jam menunjukkan 2.04a.m, 27/07/2011
aku bru sampai umah..
tdi ak g die nye mcm mjlis dkt taman midah,,
ak dpt taw around 7pm mcm tuh,, anim cha n my kol,,
kbtln aman gerak dri rawang so die amik ak kt shah alam,, 
then shoot sane,
meet point sume org adalah umah anem,,

then semua org gerak
5 kereta g sane,,
oh,,, the mooring time,,

aku xder r rpt n kenal sgt ngn Law ni,,
tpi my bestfriends punya besties since primary school ag,,

die sangat hensem,,

last aku jumpe die nih tyme besday vinod tahun sudah,,

now,, ak tgk die dlm coffin and i tetiba feel so sad...
mcm pernah kawan rpt plak rse nye,,

pape pon,,

LAW,, MAY U REST IN PEACE


23.7.11

SALMA MENTOR - AKU PERMATA


Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan
Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar


LENA AF9 - SISA KISAH KITA


Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tak pernah ada persefahaman
Walau dalam cinta
Tiada guna penyesalan
Jangan berdusta
Usah menafikannya
Ini kesudahannya

Tangisan air mata
Tak bererti lagi
Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya
Dari sisa sisa kisah kita berdua
Tiada pernah ku sangka
Akhirnya begini
Usah kau coba merayu berkata dusta
Jangan pura cinta padaku
Meminta ku kembali
Tangisan air mata
Tak bererti lagi
Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya
Oh tuhan, berikanlah ku
Kekuatan
Jangan kau ganggu aku lagi
Jangan kau coba tuk permainkan
Sakit di hati yang rapuh ini
Yang telah kau hancurkan
Yang kini sudah tertutup buatmu
Untuk selamanya
Tuk selamanya

~ endless ~

PERCAYA PADAKU



aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu
reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku
repeat reff
tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu
repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku




still search for the best life partner
hope masih die setia  menanti bakal life partner disini

BROKEN AHAD


hye,, dear my heart,,
kne mase2 genting ini ko nk broken???

hurm,,,,
sangat broken sangat broken sangat broken sangat brokens angat broken sangat broken

akui lah semua salah kt ko,, semua nya,, semuanya




people never understand it,, only u know it baby ='(

LET'S GO TO WORLD STAGE

GODEK2

MANGAI 

ade beza ke aku dulu n aku skunk??


ni tyme sem 2 diploma


ni tyme sem 6 diploma

ni tyme sem 5 diploma


ni sem 1 degree

sejauh mane perubahan aku erk??
nak taw juga ~

BESDAY + BECOMING FASTING CELEB

hello all my dearies,,
kelmarin we all g  men'celebrate' belated buvday MOHD FAIZAL LATIFF
and becoming buvday ABDUL QAYUM,,

and sambung men'celeb' nk pose kan,,
hehehehe
well kitorg g ber 13 org,,

aku
kina
izzati
faizal
kak tikah
adik
qayum
nana
kawan nana 1
kawan nana 2
ira
nad
dila jamaee

makan buffet steamboat
kat FALMMING STEAMBOAT,
terbaik,,, sedap gile,, kenyang sampai ak sakit weyh,,
ak skunk tgh menderita kesakitan,,
hahahahahahha
makan xingt dunia,,,
huhuhuhuhuhu











well hepi all 

16.7.11

KENAPA SUKA MEMBANDINGKAN???

ok rite now,,

ak terpk2,, knpe aku suke membandingkn,,

bapak stresss,,

mmg betol,, bkn semua yg kita nk kita dpt actually,,

dan bukan semua yg kita harapkan semua jdi kenyataan,,,

mcm mane nk didik hati jadi bersyukur dgn ape yg dikurniakn,,



kadang2 Allah xberi kn ape yg kita nak sbb die ade perancangnNya sendiri utk hambaNYA kn,,,

sesungguhNYA,,

ak yg selalu buat mslh,, mengelirukan keadaan yg sedang tenang,,

semoga ak boleyh meREFRESHkan otak aku,,

dan

menetapkan hati aku padaMU,,

ameen




CARA MEMBACA YASIN MALAM NISFU SYA'ABAN

Pada malam Nisfu Syaaban, sunat membaca surah Yasin sebanyak 3 kali.
  1. Bacaan kali pertama, memohon supaya dipanjangkan umur dan taat kepada Allah serta sentiasa beramal soleh.
  2. Bacaan kali ke-2, memohon supaya ditolak segala bala bencana.
  3. Bacaan kali ke-3, memohon supaya tidak berhajat kecuali kepada Allah dan setiap kali selepas bacaan Surah Yasin dibaca doa dibawah ini:



SALAM NISFU SYA'ABAN

salam nisfu sya'aban readers,,, ni kata2 yg aku terima dri fwens ak kt FB,
terima kasih kerana mengingatkan =))




by HAFIZAH ISMAIL
barang siapa mengingatkn kpd ssama tentang kedtgn bulan ini, maka api neraka haram baginya...


by AMIE MIA
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).
Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.
“Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.  


Bacaan yasin

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masakini tentang sahih batilnya amalan ini.

Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w.  atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.

Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung  di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.

Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin  dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah  sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah  ciptaan rakyat tempatan khusus  untuk amalan penduduk nusantara ini!

'Solat Sunat' Nisfu Syaaban

Firman Allah (mafhumnya): Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu." [al-Maa’idah 5:3]. “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?" [al-Syur.a 42:21] 


Dalam kitab al-Sahihain diriwayatkan daripada `Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: "barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang mana bukan sebahagian daripadanya, akan tertolak.” 


Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Jabir r.aNabi (s.a.w) bersabda dalam khutbah Baginda: "Tetaplah kamu dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' Rasyidun, serta berpegang teguhlah padanya... 
Berwaspadalah terhadap perkara yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid'ah dan setiap perkara bid'ah itu adalah sesat.” Terdapat banyak lagi ayat Qur'an dan hadis yang seumpamanya. 


Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Allah telah sempurnakan agama umat ini, dan mencukupkan nikmatNya ke atas mereka. Tuhan tidak mengambil nyawa RasulNya sehinggalah Baginda selesai menyampaikan perutusan dengan seterang-terangnya dan menghuraikan kepada ummah segala apa yang telah diperintahkan Allah samada amalan perbuatan mahupun percakapan. Baginda s.a.w telah menerangkan bahawa untuk ibadah yang direka selepas kewafatan Baginda, segala bacaan dan amalan yang kononnya dilakukan menurut Islam, kesemua ini akan dicampakkan kembali kepada orang yang mencipta amalan tersebut, meskipun ia berniat baik. 


Para Sahabat Nabi s.a.w tahu tentang hakikat ini, begitu juga para salaf selepas mereka. Mereka mengecam bid’ah dan menegahnya, sebagaimana telah dicatatkan dalam kitab-kitab yang menyanjung Sunnah dan mengecam bid’ah, ditulis oleh bin Waddah, al-Tartushi, bin Shamah dan lain-lain. 


Antara amalan bid’ah yang direka manusia ialah menyambut hari pertengahan dalam bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan menganjurkan puasa pada hari tersebut. Tidak ada nas (dalil) yang boleh dipercayai tentang puasa ini. Ada beberapa hadis dhaif telah dirujuk tentang fadhilat puasa ini, tetapi ianya tidak boleh dijadikan pegangan. Hadis-hadis diriwayatkan mengenai fadhilat doa sempena nisfu Syaaban kesemuanya adalah maudhu’ (rekaan semata-mata), sebagaimana telah diperjelaskan oleh sebahagian besar alim ulama. Kita akan lihat beberapa petikan dari ulasan para alim ulama ini. 


Beberapa riwayat tentang hal ini telah dinukilkan daripada sebahagian ulama salaf di Syria dan lain-lain. Menurut jumhur ulama, menyambut nisfu Syaaban adalah bid’ah, dan hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari tersebut adalah dhaif (lemah), sebahagian besar yang lain pula adalah maudhu’ (rekaan). Antara ulama yang memperjelaskan hal ini adalah al-Haafiz bin Rejab, di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif, dan lain-lain. Hadis-hadis dha`if berkenaan ibadah hanya boleh diterimapakai untuk amalan ibadat yang terdapat menerusi nas-nas yang Sahih. Tidak ada asas yang Sahih bagi sambutan nisfu Syaaban, oleh itu hadis-hadis dha`if tersebut tidak dapat digunapakai. 


Prinsip asas yang penting ini telah disebutkan oleh Imam Abu’l-‘Abbas Sheikh al-Islam bin Taymiyah (rahimahullah). Para alim ulama (rahimahumullah) telah sepakat bahawa apabila wujud perselisihan di kalangan umat, maka wajiblah merujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Apa-apa keputusan yang diperolehi daripada salah satu atau kedua-duanya adalah syariat yang wajib ditaati, sebaliknya apa-apa yang didapati bercanggah dengan kedua-duanya mestilah ditolak. Oleh itu sebarang amalan ibadat yang tidak dinyatakan di dalam kedua-dua (Qur’an dan Sunnah) adalah bid’ah dan tidak dibenarkan melakukannya, apatah lagi mengajak orang lain melakukannya atau mengiktirafkannya. 


Sebagaimana Firman Allah (mafhumnya): Wahai orang-orang yang berimantaatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yangberkuasadari kalangan kamuKemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihandalam sesuatu perkaramaka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran)dan (SunnahRasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamudan lebih elok pula kesudahannya." [al-Nisa’ 4:59] 


Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah TuhankukepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).”[al-Shura 42:10]. “Katakanlah (wahaiMuhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah dakunescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha PengampunlagiMaha Mengasihani.” [Aal ‘Imr.an 3:31] 

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka,kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” [al-Nisa’ 4:65] 

Banyak lagi ayat-ayat lain yang serupa maksudnya seperti di atas, yang menyatakan dengan jelas bahawa sebarang perselisihan wajib dirujuk kepada Qur’an dan Sunnah, seterusnya wajib mentaati keputusan yang diperolehi daripada kedua-dua Nas ini. Ini merupakan syarat iman, dan inilah yang terbaik untuk manusia di dunia dan di akhirat: Yang demikian adalah lebihbaik (bagi kamudan lebih elok pula kesudahannya [al-Nisa
’ 4:59 – mafhumnya] maksudnya ialah Hari Akhirat.


Al-Hafiz bin Rejab (R.A) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif tentang isu ini – setelah membincangkannya secara panjang lebar – “Malam Nisfu Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi’in di kalangan penduduk Sham, antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut. Orang awam menganggap bahawa malam tersebut adalah mulia kerana perbuatan mereka ini. Disebutkan bahawa mereka telah mendengar riwayat-riwayat Israiliyyat berkenaan kelebihan malam tersebut, sedangkan jumhur ulama di Hijaz menolak kesahihan 
riwayat ini, antara mereka adalah ‘Ata’ dan Ibnu Abi Malikah. ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan fatwa ini daripada fuqaha’ (Ulama Ahli Fiqh) di Madinah, dan inilah pandangan ulama-ulama Maliki dan lain-lain. Kata mereka: semua ini adalah bid’ah…

Imam Ahmad tidak pernah diketahui menyebut apa-apa pun tentang (adanya sambutan) Malam Nisfu Syaaban… Tentang amalan berdoa sepanjang Malam Nisfu Syaaban, tidak ada riwayat yang sahih daripada Nabi (s.a.w) ataupun daripada Para Sahabat Baginda …” 

Inilah apa yang telah disebutkan oleh al-Hafiz bin Rejab (R.A). Beliau menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada langsung riwayat sahih daripada Rasulullah s.a.w mahupun daripada Sahabat-sahabat Baginda (R.A) mengenai Malam Nisfu Shaaban (pertengahan bulan Syaaban).